Kegiatan seorang penganggur menjual air ketum di tepi jalan menggunakan sebuah kereta di sekitar bandar Dungun, terbongkar selepas lelaki terbabit ditahan polis pada jam 12.30 tengah malam Jumaat lalu.<br /><br />Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah berkata suspek dipercayai memproses dan menjual ketum, sejak sebulan lalu.
